Friday, March 21

sepi

hidup disini
bukan mudah
diuji dari kiri dan kanan

emosiku
kekuatanku

kadangku rasa sepi hidup disini
walau hakikatnya
dikelilingi mereka yang ku kira
boleh terubat kesepian..
tetapi disudut jauh dihati ini..
kesepian terselit

hati
Tuhanmu ada..
ku kira kelalaianku
membuatkan kau jauh kesepian..

Menangis tika hati terluka
mengadulah tika tak terdaya
Tuhan senantiasa ada,.


sujudlah
berdoalah untuk kau terus kuat
jika kau kuat hati
aku juga kuat..
kuatkan dirimu
ku pohon..

Thursday, October 17

dah lama kisah itu dia tamatkan

 dah lama kisah itu dia tamatkan
.........................................................................................................................................

gagah kaki ku melangkah keluar rumah
berbaju turqoise tudung bunga-bunga...
hadiah sudah lama aku siapkan
kerisauan menerpa
kerana aku bimbang hadiah itu tidak disukainya...
aku ditemani angah keluar menuju dataran TG berdekatan rumahku...
tiba-tiba....
aku mendapt panggilan telefon
 dia : hello !
aku : haa ,ye..kau dah gerak?
dia : belum,aku lambat sikit sebab tak ada transport
aku : takpa kau tunggu depan rumah ,aku ambil kau
dia : eh ,weyh aku gur...
aku : okey byee.

aku matikan panggilan menuju ke rumah dia dengan perasaan yang tak tahu aku nak gambar
excited nak jumpa

dia kemas bersweather hitam,berseluar jean berkaca mata bingkai hitam
menunggu aku...
masuk je kereta...riuh dengan kekepohan mulutnya...
sejujurnya aku senang dengan watak dia sejak dibangku sekolah..
tak sangka...dia yang berada depan aku akan berangkat jauh dari tanah air ini...
mengejar cita-cita murni untuk berbakti kepada masyarakat..
 melihat dia berbicara gelak tawa,..
terdetik dalam hati kau masih tidak berubah..
still sama :)
aku rindu..
hati ini rindu bila teringat kau malam itu...
kenangan sewaktu sekolah...
tapi kenangan itu takan berpatah balik untuk kita...
kau semakin berjaya....
menerjah dunia luar yang luas,,,
sedangkan aku masih disini...
di malaysia
itu rezeki kau tapi tak mengapa,,,
aku tahu rezeki aku Allah swt tetapkan disini...
Alhamdulillah...
aku doakan yang terbaik untuk kau,
pulang dengan kejayaan...
semoga kau bertemu jodoh yang baik
sahabat baru yang baik...
semoga Allah pelihara dan lindungi kau disana...