Sunday, August 19

Melangkah sayu kaki aku menuju ke kereta Toyota Harrier milik makcik ku...tatkala ingin membuka pintu kereta
 terpa perasaan hiba menusuk di kalbu...teringat bait bait kata perpisahan dari insan yang sangat aku cintai..aku mengharapkan kehilangan insan yang aku sayangi di hari kegemilangan  ini  hanyalah mimpi tapi apakan daya pengharapan itu sia-sia belaka,,Perpisahan itu realitinya..aku seakan tidak percaya walaupun sudah sedaya upaya menjaga kau,insan yang bernaung di hati kecil aku ini tetap akan pergi meninggalkan aku untuk ke sisi Insan yang lebih memerlukan kau...walaupun berat untuk aku lepaskan tapi memandangkan aku memahami situasinya..aku redha dengan pemergian kau .,,Hanya kenangan yang tinggal kini...disampul elok kenangan -kenangan ketika bersama dulu dan disimpan di satu sudut memori,,,memori yang sentiasa dibawa aku kemana saja aku pergi....tiba-tiba lamunan aku terhenti seraya dengan guguran mutiara kaca yang jatuh kepipi apabila ditegur seorang jejaka tinggi lampai kemas berbaju t-shirt hitam dan putih berseluar jeans.."jauh termenung along." penuh senyuman terukir dibibirnya..''teringat buah hati ke??tambahnya diikuti gelak tawa barangkali lucu baginya...hanya senyuman yang mampu diberi oleh Aku tatkala diaju soalan bagaikan meriam buluh yang sedang galak berperang di luar sana.bagai satu tamparan soalan adik aku itu...lantas aku menukar topik dengan mengajak adik aku menaiki kereta bersama aku pulang ke teratak ayahanda dan ibundanya yang tidak jauh dari situ...Aku manis berbaju kurung baru saja selesai  menghadiri rumah terbuka saudaraku dengan ditemani ahli keluargaku yang lain ...mak sedaraku memacu laju kereta pacuan empat roda miliknya itu...Aku  tidak menghiraunya...fikiran melayang-layang memikirkan apakah yang akan terjadi selepas ini....kehidupan seharian aku yang selama ini diwarnai kehadiran kau ..kini...bermula malam ini..tiada lagi insan yang bergayut dengan aku...insan yang bergelak tawa dengan aku.. bergurau senda.. tiada lagi insan yang tidak jemu-jemu menanya soalan yang sama " awak sayang saya tak? berulang kali setiap hari..."aku akan merindui kau Rindu!!!"jerit hatinya...Sungguh pedih hati ini memendam rindu...rindu yang tidak dapat dilepaskan kepada insan yang aku rindui itu...ingin saja aku meminta perasaan sedih dan rindu tiada dalam hati aku! ..perjalanan sudah semakin hampir...aku sudah sampai ke destinasi ..mak sedaraku memperlahankan kereta dan berhenti cantik di halaman teratak ayahanda,..."Alhamdulillah sampai dah."..hatiku bersuara kecil tanda syukurnya kepada Tuhan yang Mencipta sekalian alam kerana menyelamatkan perjalanan kami..Adik aku hanya diam membisu disepanjang perjalanan pulang..." mungkin terlalu kekenyangan ataupn memikirkan sesuatu barangkali"...bisik hati kecil aku...lantas di matikan enjin  seraya serentak kami keluar  terus  menuju ke daun pintu teratak ayahanda itu..ku buka daun pintu itu disebabkan kunci rumah ada pada aku..aku terus menuju ke kamar..bersiapkan diri untuk menunaikan perintah Allah...
Selepas selesai solat isyak..Aku sambung melakukan solat sunat moga hati aku lebih bertambah tenang ..dipohon sekalung doa moga aku dapat  tabah mengharungi ujian dari-Nya dan aku  percaya kau bukanlah jodohku...bukanlah Imam disetiap solatku..bukanlah ayah kepada anak-anakku..dan bukanlah pemimpinku..".Wahai jodohku,aku setia menunggu  kehadiranmu!"..sekali lagi mutiara kaca berguguran jatuh ke pipinya..

#semoga dikau  tabah mengharunginya ...kau mampu!kau boleh!kejarlah cita-citamu terlebih dahulu..baru cinta akan mengejar dirimu....jagalah anugerah yang Allah kurniakan kepadamu..jangan sesekali bongkak!merendah dirilah dalam setiap perbuatanmu..tuturmu..jangan berhenti berdoa bukan sahaja doa jodohmu.bahkan kerjayamu..#